Sejarah Green Day Green Day

Penubuhan dan Era Lookout!:1987-1993

Pada tahun 1987, Billie Joe Armstrong dan Mike Dirnt, berumur 15 tahun pada masa itu, menubuhkan sebuah kumpulan bernama Sweet Children. Persembahan pertama Sweet Children berlaku pada 17 Oktober 1987 di Rod's Hickory Pit di Vallejo,California dimana ibu Billie pernah bekerja. Pada tahun 1988, Billie dan Mike mula bekerja dengan bekas pemain dram Isocracy, John Kiffmeyer atau lebih dekenali dengan nama Al Sobrante. John bukan sahaja bekerja sebagai pemain dram kumpulan itu tetapi beliau jugalah yang menolong kumpulan itu menempah tempat-tempat untuk kumpulan itu membuat persembahan sambil membentuk peminat mereka sendiri.

Larry Livermore, pemilik syarikat Lookout!Records menyaksikan persembahan kumpulan itu dan menawarkan mereka kontrak rakaman. Pada tahun 1989, mereka merakamkan EP pertama mereka, 1,000 hours. Sebelum 1,000 hours dikeluarkan, kumpulan itu menggugurkan nama Sweet Children supaya tidak keliru dengan satu lagi kumpulan di daerah yang sama iaitu, Sweet Baby. Oleh itu mereka menukarkan nama kepada Green Day sempena kegemaran mereka kepada marijuana.

Lookout kemudian menerbitkan LP pertama Green Day, 39/smooth pada awal 1990. Green Day kemudian menghasilkan 2 lagi EP pada tahun itu iaitu: Slappy dan Sweet Children, dimana EP kedua mereka mangandungi lagu-lagu lama yang pernah dirakamkan dengan syarikat indie Skene!Records. Pada tahun 1991, Lookout!Records menerbitkan 1039/Smoothed Out Slappy Hours, sebuah kompilasi daripada EP mereka iaitu:39/smooth, Slappy dan 1,000 hours. Pada akhir tahun 1990, John Kiffmeyer meninggalkan kumpulan Green Day untuk melanjutkan pelajaran di kolej. Oleh itu pemain dram kumpulan The Lookout, Tré Cool mengisi tempat John sebagai pemain dram sementara tetapi apabila John kelihatan seperti tidak akan kembali dengan Green Day, Tré Cool diambil sebagai pemain dram tetap kumpulan Green Day. Sebahagian besar tahun 1992 dan 1993, Green Day melawat dan membuat persembahan di banyak tempat di Eropah. Green Day menghasilkan album kedua mereka, Kerplunk yang dapat dijual 50 ribu unit di Amerika, satu penjualan yang dianggap besar untuk sebuah kumpulan punk rock bebas pada tahun 1992.

Kejayaan:1994-1996

Dengan penjuallan besar album Kerplunk, Green Day telah berjaya memikat banyak syarikat rakaman utama dan akhirnya mereka meninggalkan Lookout!Records dan menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman utama, Reprise Records. Green Day kemudiannya mengeluarkan album utama pertama mereka, Dookie pada Februari 1994 dan Green Day hanya memerlukan 3 minggu sahaja untuk merakamkan album tersebut.

Album Dookie membuatkan Green Day semakin berjaya dengan lagu-lagu dari album itu seperti 'Longview', 'Basket Case' dan 'When I Come Around' menduduki tempat pertama di carta Modern Rock Tracks. Pada tahun itu juga Green Day telah membuat banyak persembahan dengan banyak artis seperti Pansy Division dan di banyak tempat seperti di Boston Esplanade, Lollapalooza festival dan Woodstock 1994. Dengan persembahan mereka Green Day telah memikat ramai peminat sehingga album Dookie mencapai status diamond dan pada tahun 1995, Dookie memenangi Anugerah Grammy untuk Album Alternatif Terbaik. Album Dookie juga telah dicalonkan untuk 9 anugerah di MTV Video Music Awards. Pada tahun 1995 juga Green Day telah mengeluarkan single bertajuk 'J.A.R' dan single itu terus menduduki tempat pertama di carta Billboard Modern Rock Tracks.

Green Day mengeluarkan album seterusnya, Insomniac pada tahun 1995. Album Insomniac berlainan dengan album Dookie yang lebih pop dengan muzik dan konsep untuk album Insomniac lebih kepada rock. Walaubagaimanapun album tersebut tetap berjaya dijual dengan baik tetapi tidak sebaik dengan album Dookie dengan penjualan 2 juta unit di Amerika. Album itu berjaya mendapatkan Green Day pencalonan di American Music Awards pada tahun 1996 dan video 'Walking Contradiction' telah dicalonkan di Anugerah Grammy untuk Video Terbaik dan juga dicalonkan di MTV Video Music Awards untuk Kesan Video Terbaik. Pada tahun itu juga Green Day telah membatalkan rancangan untuk membuat persembahan di seluruh Eropah kerana kepenatan.